PENGENALAN Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Anugerah Kedai Harga Patut) telah dilaksanakan untuk pertama kalinya pada tahun 2003 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2002 supaya kedai-kedai yang menjual barangan tarikan pelancong pada harga berpatutan hendaklah mempamerkan logo ‘Kedai Harga Patut’. Langkah ini bertujuan untuk menarik para pelancong bagi mengunjungi kedai-kedai berkenaan. Bermula pada tahun 2010, Jawatankuasa Anugerah telah membuat beberapa pindaan kepada format pelaksanaan anugerah ini bertujuan untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk membeli belah dengan memilih kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Kumpulan sasaran juga tidak hanya tertumpu kepada pelancong dari luar negara sahaja tetapi juga pengguna dan pelancong tempatan.
DEFINISI Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia ialah premis perniagaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.
TUJUAN Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Zulkaplee Aziz Tak sangka boleh menang Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Malaysia pada kali nie. Apapun kami ZULAZIS dari Kedai No. KB 12 & 13, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung2 CM, para pelanggan dan pelancong luar dan dalam negeri jika ada yang mengundi dalam pencalonan untuk meraih Anugerah ini.
OBJEKTIF Program ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu: Menggalakkan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang menjadi pilihan pengguna dengan harga yang berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan; Mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan; Mempromosi premis perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif; dan Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah yang mesra pelanggan dan berdaya saing.
Zulkaplee Aziz Anugerah ini telah diadakan di Grand Ballroom, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur. 16hb Oktober, 2012 pukul 11.00 am yang di rasmikan oleh YB Menteri, KPDNKK.
ZULAZIS
No. KB 12 & 13, Tingkat Bawah,
Pasar Seni, Jalan Hang Kasturi,
50050 Kuala Lumpur